20 PERKARA UPKO

 

Perkara 1: AGAMA

Walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi Malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut Pelembangaan Malaya hendaklah tidak merangkumi Borneo Utara.
Perkara 2: BAHASA

(a) Bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) Bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia.
(c) Bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara, untuk semua tujuan baik pada   peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh.
Perkara 3: PERLEMBAGAAN

Walaupun perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas perlembagaan Malaysia, perlembagaan Malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk Borneo Utara sudah tentu perlu.
Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

Ketua negara Borneo Utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan.
Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

“Malaysia” bukannya “Melayu Raya”.
Perkara 6: IMIGRESEN

Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. Kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajaan persekutuan di Borneo Utara.”
Perkara 7: HAK PEMISAH

Tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan.
Perkara 8: PERBORNEOAN

Pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari Borneo Utara.
Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

Saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) Perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;

(b) Demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi “tujuh daripada sepulah tahun” dan bukannya “lapan daripada dua belas tahun”; dan

(c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa – seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi  warganegara persekutuan.
Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

Borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri.

Bab12 perkara 12:kedudukan istemewa kaum bumiputera

Pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di Malaya, tetapi formula Malaya yang digunakan di Malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.
Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

(a) Ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) Sistem menteri yang sempurana hendaklah diwujudkan di Borneo Utara.
Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

Tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.
Perkara15: PELAJARAN

Sistem pendidikan yang ada di Borneo Utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

Kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang pindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa meminda perlembagaan negeri borneo Utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu.
Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

Ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan potensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada Singapura.
Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

Yang di Pertua Negara
Perkara19: NAMA NEGERI

Sabah
Perkara20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi Borneo Utara. Majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tidak harus merangkumi Borneo Utara.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s