Sultan Sulu’ umum keluar parti UMNO

(Datu Moch Akjan adalah salah satu Sultan plasu yang di angkat oleh datuk Albi)

Oleh Hassan Omar

 

2011/02/23

 

KOTA KINABALU: Lelaki yang dilaporkan ditabal sebagai Sultan Sulu dalam satu majlis di sebuah rumah di Likas dekat sini, awal bulan ini, semalam mengumumkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta.

 

Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, 54, keluar daripada cawangan UMNO di bahagian Kota Kinabalu yang sebelum ini dikenali sebagai UMNO Bahagian Gaya berikutan dakwaan ada pihak tertentu cuba ‘membunuh karektor’ beliau.

 

“Salinan surat keluar parti sudah saya hantar kepada Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan Perhubungan UMNO Sabah hari ini (semalam),” katanya dalam kenyataannya di sini, semalam.

 

hamis lalu, mesyuarat Perhubungan UMNO Sabah yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sebulat suara memutuskan untuk mencadangkan kepada MT supaya memecat beliau kerana ditabal sebagai Sultan Sulu sedangkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf pertabalan itu, apatah lagi Kesultanan Sulu.

 

Tindakan Datu Mohd Akjan disifatkan UMNO Sabah bertujuan memecahbelahkan perpaduan UMNO, sekali gus menggugat ketenteraman awam di negeri ini.

 

Sehubungan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu membuat laporan polis.

 

Datu Mohd Akjan mendakwa majlis di rumahnya pada 2 Februari lalu bukan majlis pertabalan, sebaliknya adalah kenduri kesyukuran selepas beliau bersetuju menerima tawaran ‘kerajaan sementara Sulu’ untuk dipilih sebagai Sultan Sulu Ke-33.

“Bagaimanapun, ada pihak tertentu yang ada kepentingan politik silap interpretasi majlis itu sebagai pertabalan. Saya ditawarkan kerana kajian pegawai kanan kerajaan sementara Sulu mendapati saya adalah waris Sultan Sulu terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

 

“Saya menerima tawaran itu kerana kerajaan sementara Sulu bersetuju dengan permintaan saya supaya mereka menghentikan tuntutan ke atas Sabah.

 

“Persetujuan itu disusuli majlis menandatangani perjanjian pada majlis kenduri kesyukuran itu dengan disaksikan lebih 60 orang, termasuk Perdana Menteri kerajaan sementara Sulu, Datu Albi Ahmad Julkarnain dan wakil Majlis Diraja Datu, Rumah Diraja Maimbung dan Patikul,” katanya.

 

Datu Mohd Akjan pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1995 kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menjual kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin Filipina

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s